Seorang atlet perak, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berada dalam kelasnya tersendiri iaitu dengan berjaya mencatat catatan masa yang amat menakjubkan sehinggakan beliau digelar remaja terpantas di dunia.
Azeem yang baru sahaja menginjak usianya 15 tahun mempunyai kemampuan yang luar biasa mengatasi lawan seusia dengannya. Anak jati kelahiran teluk intan, Perak ini acap kali menjadi tumpuan sekiranya berlari di atas trek.
Baru-baru ini di kejohanan Sekolah-Sekolah Asean Azeem sekali lagi berjaya menarik perhatian umum. Beliau berjaya memenangi pingat emas dalam acara 200 meter dengan catatan masa 21. 63 saat mengatasi lawannya daripada thailand yang mendapat pingat perak dan gangsa untuk menjadi johan dalam acara tersebut.
Terdahulu azeem yang gagal memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan hanya mampu mendapat pingat perak dengan catatan masa 10.85 saat, dalam acara tersebut akhirnya, berjaya membalas dendam kepada lawannya yang menewaskannya dalam acara itu.
Azeem kelihatan muda, namun susuk tubuhnya tidak seperti usianya yang masih berusia 15 tahun. Pada kejohanan MSSM bulan 5 yang lalu azeem berjaya melakukan catatan 6.93 meter untuk mendapat pingat emas dalam acara lompat jauh. Pada kejohanan MSSM yang lalu beliau telah berjaya memecahkan rekod kejohanan tersebut.